SEPANG – [DIKEMAS KINI] Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain disahkan akan didakwa atas dua pertuduhan di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu.Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata, Mohd Shuhaily akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang pada bulan lalu."Saya sahkan Datuk Seri Mohd Shuhaily akan dituduh di Mahkamah Majistret Sepang pada pagi esok."Ia membabitkan dua pertuduhan sengaja mencederakan dua pegawai polis di tempat kejadian," katanya.Pada 28 September lalu, tular video memaparkan seorang lelaki yang kelihatan seperti Mohd Shuhaily memarahi seorang individu di KLIA.Susulan itu, pada 1 Oktober lalu, Mohd Shuhaily menyatakan kesediaannya menerima apa-apa sahaja keputusan atau tindakan.Semasa sidang akhbar, beliau berkata, tidak mahu KLIA menjadi seperti Selayang dan mahu lapangan terbang itu bebas daripada kegiatan ‘ulat’ warga asing.
Mohd Shuhaily didakwa dua pertuduhan sebabkan cederakan anggota polis esok

Key points
- SEPANG – [DIKEMAS KINI] Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain disahkan akan didakwa atas dua pertuduhan di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu.
- Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata, Mohd Shuhaily akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang pada bulan lalu.
- Pada 28 September lalu, tular video memaparkan seorang lelaki yang kelihatan seperti Mohd Shuhaily memarahi seorang individu di KLIA.
Sentences selected automatically from the original article by Sinar Harian.
Also reported by Kosmo , Utusan Malaysia
Story details
- Published
- By
- NOOR AZLIDA ALIMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Shuhaily didakwa esok kes cederakan anggota polis di KLIA
- Sinar Harian Mohd Shuhaily didakwa dua pertuduhan sebabkan cederakan anggota polis esok (this story)








