KOTA TINGGI – Dua wanita dijatuhi hukuman lima hari penjara serta denda RM3,000 setiap seorang selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan memalsukan dokumen sijil cuti sakit (MC) awal bulan ini.
Tertuduh, Alia Mysarah Hairol, 23, dan Nurin Atiqah Kamalrudin, 22, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Najihah Hamidi.
Mengikut pertuduhan kedua-dua wanita itu secara bersama-sama bertempat di kedai perkakasan di Jalan Tun Sri Lanang telah memalsukan satu dokumen iaitu sijil cuti sakit secara fraud yang mana diketahui bahawa sijil cuti sakit tersebut adalah palsu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Nuraini Mohd Shapee manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Hilmi Sulaiman Salahuddin.










%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F01%2Fec2efc23f8e97434d5f5f6a6fa403035.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)