NILAI - Suspek yang juga suami kepada pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempanan Malaysia (AKPS) yang dibunuh di Kompleks Perumahan Awam di sini pada 15 Oktober lalu mempunyai 16 rekod jenayah.Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Johari Yahya berkata, semakan mendapati 10 daripadanya berkaitan kesalahan narkotik, manakala enam lagi membabitkan kes pecah rumah, curi dan memiliki barang curi.Menurutnya, ujian saringan awal urin terhadap suspek berusia 30-an itu juga bagaimanapun didapati negatif dadah.Mengulas mengenai perkembangan siasatan kes itu, Johari berkata, sehingga kini seramai 18 individu sudah diambil keterangan bagi membantu melengkapkan siasatan."Setakat ini siasatan masih berjalan dan pihak kami akan merujuk kertas siasatan kepada pihak pendakwaan pada Rabu ini untuk tindakan susulan," katanya.Beliau turut memaklumkan bahawa polis tidak pernah menerima laporan mengenai masalah rumah tangga dihadapi mangsa.Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita berusia 35 tahun maut selepas dipercayai dibunuh suaminya pada jam 7 malam sebelum lelaki itu dikatakan menyerah diri di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor.Punca kejadian dipercayai akibat perselisihan rumah tangga yang mana mangsa dikatakan meminta cerai dan suspek juga baru sahaja dibebaskan dari penjara atas kesalahan dadah.Hasil bedah siasat mendapati, mangsa maut akibat tekanan pada leher selain laporan bedah siasat juga menemui kesan tikaman pada tepi perut dan pipi.ARTIKEL BERKAITAN: Penjawat awam maut dipercayai dibunuh suamiPolis sahkan pegawai AKPS maut dipercayai dibunuh suamiPegawai kerajaan mati dipercayai dibunuh suami dalam proses cerai - Abang mangsaPerselisihan rumah tangga dipercayai punca pegawai AKPS maut ditikam suami - PolisPegawai AKPS maut: Suami serah diri ke balai polis selepas tikam isteri, pisau dirampasPegawai AKPS maut: Suspek sempat telefon abang ipar beritahu isterinya sudah tiadaPegawai AKPS dibunuh: Dua anak mangsa minta buat panggilan video, mahu bercakap dengan ibu mereka - Kakak
Suami pegawai AKPS dibunuh ada 16 rekod jenayah - Polis

Key points
- NILAI - Suspek yang juga suami kepada pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempanan Malaysia (AKPS) yang dibunuh di Kompleks Perumahan Awam di sini pada 15 Oktober lalu mempunyai 16 rekod jenayah.
- Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Johari Yahya berkata, semakan mendapati 10 daripadanya berkaitan kesalahan narkotik, manakala enam lagi membabitkan kes pecah rumah, curi dan memiliki barang curi.
- Punca kejadian dipercayai akibat perselisihan rumah tangga yang mana mangsa dikatakan meminta cerai dan suspek juga baru sahaja dibebaskan dari penjara atas kesalahan dadah.
Sentences selected automatically from the original article by Sinar Harian.
Story details
- Published
- By
- SYAMILAH ZULKIFLI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Harian Metro Kes pegawai dibunuh: KP AKPS ucap takziah
- Sinar Harian Suami pegawai AKPS dibunuh ada 16 rekod jenayah - Polis (this story)








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F01%2Fec2efc23f8e97434d5f5f6a6fa403035.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)