Tawau: Seorang penuntut kolej berusia 18 tahun direman tiga hari di Mahkamah Majistret, di sini, bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan seorang remaja perempuan bawah umur pada kejadian dua tahun lalu.

Majistret Don Stiwin Malanjum membenarkan penuntut kolej itu direman sehingga 23 Oktober.

Perintah reman itu dikeluarkan selepas mahkamah membenarkan permohonan Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, Inspektor Nurhafizah Hussin mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Berdasarkan permohonan reman, kes itu terbongkar selepas seorang pegawai perubatan Hospital Tawau membuat laporan polis susulan pemeriksaan terhadap remaja perempuan berusia 16 tahun pada 1 Oktober lalu.