Pasir Puteh: Pembuat papan pemotong direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berkaitan kes melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap seekor kucing di Selinsing, di sini.
Perintah reman bermula hari ini sehingga Isnin depan dikeluarkan Majistret Nik Mohd Fadli Datuk Nik Azlan.
Tertuduh yang berusia 49 tahun ditahan polis pada 10 pagi semalam susulan laporan polis membabitkan penyebaran satu video berdurasi 56 saat memaparkan lelaki itu melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap seekor kucing di sebuah kediaman di Selinsing, dekat sini.
Terdahulu, suspek tiba di mahkamah dengan tangan bergari dan diiring polis pada 9 pagi dengan memakai t-shirt hitam dan seluar panjang berwarna krim.









