PASIR PUTEH: Seorang tukang kayu ditahan reman tujuh hari sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan berhubung perbuatan jijik dan tidak senonoh terhadap seekor kucing di sebuah rumah di Selising, di sini sehingga video kejadian tersebut tular dalam media sosial.

Perintah remanterhadap lelaki berusia 49 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Nik Mohd. Fadli Datuk Nik Azlan.

Tahanan reman itu bagi membolehkan polis membuat siasatan lanjut mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan luar tabii dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, lelaki itu tiba kira-kira pukul 9 pagi di pekarangan Mahkamah Majistret di sini, untuk prosiding reman dengan diiringi dua anggota polis.