Kuala Lumpur: Selangor (FC) berjaya melakar permulaan musim yang cukup memberangsangkan sekali gus membuktikan kebangkitan Skuad Gergasi Merah untuk tampil lebih garang dan konsisten mencabar kejuaraan liga.
Prestasi cemerlang itu berbeza berbanding kempen musim lalu apabila mereka mencatatkan permulaan hambar selepas hanya mengutip enam mata daripada lima perlawanan awal menerusi dua kemenangan dan tiga kekalahan.
Dengan lima kemenangan berturut-turut yang dilakar anak buah Kim Pan-gon untuk mengekalkan rekod tanpa kalah dalam Liga Super setakat ini, momentum itu boleh dianggap sebagai satu isyarat jelas mengenai kemampuan mereka pada musim ini.
Namun bagi Pan Gon, itu bukanlah 'tiket' untuk mereka terus selesa sekali gus memberi peringatan supaya tidak cepat berpuas hati dengan permulaan meyakinkan terbabit.








