PARIS: Perancis mengumumkan perintah berkurung separa di Paris dan beberapa bandar lain bermula malam tadi sehingga pagi ini, rentetan protes ganas hujung minggu lalu bagi membantah kenaikan kos sara hidup.

Di Paris, perintah berkurung bermula jam 11 malam tadi, manakala demonstrasi dilarang mulai jam 8 malam, membabitkan beberapa bandar termasuk Paris, Lille dan Lyon bagi melindungi premis perniagaan.

Perdana Menteri, Sebastien Lecornu, tidak menolak kemungkinan akan mengisytiharkan darurat selepas Menteri Dalam Negeri, Laurent Nunez akui polis sudah hilang kawalan.

"Saya benar-benar bertekad untuk memulihkan ketenteraman awam," katanya.