Paris: Perdana Menteri Perancis Sebastien Lecornu berkata perintah berkurung separa akan dilaksanakan di beberapa kawasan mulai petang Isnin susulan insiden menjarah semasa protes pada hujung minggu, lapor Xinhua.

Dalam sidang media, Lecornu berkata, beliau meminta pegawai wilayah Perancis melaksanakan "beberapa perintah berkurung separa seawal petang ini", sambil menyifatkan kekacauan itu sebagai "sangat tertumpu di kawasan bandar tertentu."

Lecornu berkata, darurat akan diisytiharkan jika perlu, namun menambah bahawa perintah berkurung dilihat lebih sesuai.

"Tidak timbul soal membiarkan kegiatan menjarah berterusan," katanya sambil memaklumkan bahawa Kementerian Dalam Negeri akan mengeluarkan peta terperinci kawasan yang terlibat pada tengah hari Isnin.