SUNGAI PETANI – Taktik menggunakan gudang pakaian terpakai untuk menyembunyikan 3,383 minyak masak peket bersubsidi terbongkar apabila premis di Kawasan Industri Ringan Kemuning, di sini itu diserbu semalam.
Serbuan Ops Tiris 4.0 oleh penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah itu dilakukan kira-kira pukul 2 petang.
Pengarah KPDN negeri, Muhammad Nizam Jamaludin berkata, serbuan dilakukan hasil intipan sejak minggu lalu susulan maklumat orang awam.
“Kita terpaksa menunggu lebih empat jam sebelum pintu premis dibuka oleh dua lelaki berusia 18 dan 26 tahun yang mengaku adik beradik dan anak kepada pemilik premis.









