KOTA BHARU – Polis Kelantan membuka enam kertas siasatan berhubung kes buli yang melibatkan murid dan pelajar sekolah sepanjang tahun ini.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, daripada jumlah itu, satu kes telah dituduh di mahkamah, tiga kes masih dalam siasatan manakala dua lagi kes diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut.
“Kesemua mangsa yang terlibat dalam kes buli itu berusia dalam lingkungan tujuh hingga 18 tahun.
“Kematian Allahyarham Muhammad Idlan Fareeq Shahril di Negeri Sembilan dan Allahyarham Irene Sofiya di Johor menjadi peringatan bahawa keganasan dalam kalangan golongan muda tidak boleh dipandang ringan,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.








