Kota Bharu: Polis Kelantan merekodkan enam kes buli di sekolah di negeri ini sejak Januari hingga kini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, daripada jumlah kes berkenaan, satu kes sudah dituduh di mahkamah.

Katanya, tiga kes masih dalam siasatan dan dua kes lagi diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA).

"Angka ini (enam kes) adalah sebahagian daripada 5,681 kes buli yang dilaporkan di sekolah seluruh negara bagi tempoh Januari hingga Ogos lalu seperti yang dimaklumkan Perdana Menteri pada 6 Oktober.