KUALA LUMPUR – Persidangan kemuncak OE EduGroup CEO (ketua pegawai eksekutif) Alumni yang berlangsung di sini, baru-baru ini telah berjaya menghimpunkan hampir 1,000 alumni CEO, usahawan, mentor dan komuniti perniagaan bagi meraikan ulang tahun penubuhan syarikat yang ke-10.
Sidang kemuncak ini bukan sekadar sambutan ulang tahun tetapi menjadi platform bagi mengumumkan hala tuju OE untuk tempoh 10 tahun akan datang, selain mengimbau pencapaian pendidikan sepanjang sedekad lalu.
Dalam masa yang sama, OE turut memperkenalkan pelan transformasinya untuk menjadi sebuah ekosistem usahawan Asia berbanding menjadi sebuah platform pendidikan keusahawanan.
Pengerusi OE, Datuk Dr. Calvin Khiu berkata, cabaran yang dihadapi oleh sesebuah syarikat pada peringkat perkembangan yang berbeza tidak lagi terhad kepada aspek pembelajaran dan pengetahuan semata-mata.








