KOTA BHARU: Polis Kelantan merekodkan enam kes dakwaan buli di sekolah di negeri ini sejak Januari lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata satu daripada kes berkenaan sudah dituduh di mahkamah.

Beliau berkata, tiga kes pula masih dalam siasatan, manakala dua lagi diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA).

"Angka ini (enam kes terbabit) adalah sebahagian daripada 5,681 kes buli dilaporkan di sekolah seluruh negara bagi tempoh Januari hingga Ogos lalu seperti yang dimaklumkan Perdana Menteri pada 6 Oktober.