SYDNEY: Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese, menyifatkan tindakan pemandu kereta yang merempuh ahli Parlimen bebas di luar pejabatnya adalah jelas perbuatan disengajakan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kereta itu melanggar Helen Haines ketika mangsa sedang memuat atau mengeluarkan barang dari ruang but keretanya.

"Jelas bahawa kejadian ini adalah perbuatan yang disengajakan. Ini bukan kemalangan atau kejadian seseorang hilang kawalan lalu terbabas dari jalan raya," katanya kepada ABC News hari ini.

Mangsa, Haines perlu menjalani pembedahan pada malam tadi dan masih berada dalam keadaan kritikal selepas dilanggar kereta di Wangaratta, kira-kira tiga jam perjalanan ke timur laut Melbourne.