IPOH: Dua anak wanita orang kurang upaya (OKU) yang maut akibat tusukan di betis di Kampung Cheh Hilir, Kati, Kuala Kangsar, pada 23 September lalu, masih ditempatkan di institusi bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga, Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata hingga kini, tiada ahli keluarga yang layak datang menuntut dua remaja berusia 13 dan 17 tahun itu yang kedua-duanya juga adalah OKU.

Dua remaja yang juga anak mangsa kejadian itu boleh dituntut keluarga selepas disahkan layak melalui proses penilaian dan tapisan, dengan penuntut tidak dimestikan harus menunggu sehingga mereka yang dituntut berusia 18 tahun.

"Biasanya bagi kes macam ini, kita akan dapatkan perlindungan mahkamah untuk mereka (mangsa) ditempatkan pada institusi JKM demi memastikan mereka dalam keadaan selamat. Namun tiada ahli keluarga yang nak ambil mereka.