Ipoh: Dua anak kepada wanita orang kurang upaya (OKU) yang maut akibat ditikam di Kampung Cheh Hilir, Kati, Kuala Kangsar, pada 23 September lalu, sehingga kini masih ditempatkan di institusi bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, sehingga kini, tiada ahli keluarga yang layak datang menuntut dua remaja berusia 13 dan 17 tahun itu yang kedua-duanya juga adalah OKU.
Menurutnya, dua remaja yang juga anak mangsa kejadian itu boleh dituntut keluarga selepas disahkan layak melalui proses penilaian dan tapisan, dengan penuntut tidak dimestikan harus menunggu sehingga mereka yang dituntut berusia 18 tahun.








