Anak berusia empat tahun gigih membantu ayah dan ibu berniaga.PETALING JAYA: Tidak mudah bagi Zaim Zazami Ibrahim melihat anak perempuannya yang baru berusia empat tahun tular di media sosial kerana menolak troli sewaktu beliau dan isteri berniaga di pasar malam.

Zaim Zazami Ibrahim.Ia mungkin dilihat sebagai tanda anak kecil itu ringan tulang membantu ibu bapa mencari rezeki, namun Zaim sebak memikirkan kehidupan permata hatinya menjalani kehidupan tidak seperti kanak-kanak lain.

"Paling saya sedih bila tengok dia pukul 12 malam masih di tapak berniaga, sedangkan anak-anak lain sedang tidur," katanya kepada FMT.

Zaim, 42, adalah orang kurang upaya (OKU), lumpuh separuh badan akibat kecederaan tulang belakang susulan kemalangan jalan raya pada 2006.