Sebanyak 30 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU tidak sihat dengan Batu Muda di Kuala Lumpur dan Johan Setia di Selangor merekodkan bacaan tertinggi.KUALA LUMPUR: Sebanyak 30 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 9 pagi ini, dengan Batu Muda di Kuala Lumpur dan Johan Setia di Selangor merekodkan bacaan tertinggi, masing-masing 172.
Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), di Selangor, Petaling Jaya dan Shah Alam masing-masing mencatatkan bacaan IPU 167, diikuti Klang (164) dan Banting (160).
Di Kuala Lumpur, selain Batu Muda, Cheras turut mencatatkan kualiti udara tidak sihat iaitu 165, manakala Putrajaya (162).









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FZahidHamidi1_597968.png&w=480&output=webp&q=85&we)