Kota Bharu: Jumlah aduan salah laku membabitkan Polis Kelantan yang direkodkan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) meningkat kepada 330 aduan pada tahun ini, berbanding 224 aduan pada tahun lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, daripada itu, 75 kes bagi kertas Siasatan Tatatertib (KST) direkodkan masing-masing untuk tahun berkenaan.

Katanya, bagi Kertas Enkuiri Tatatertib (KET), ia menurun daripada 24 kes kepada 11 kes.

"Statistik Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) itu perlu dijadikan peringatan bahawa pematuhan peraturan, disiplin dan integriti tidak boleh dipandang ringan.