SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) digesa membuat siasatan segera mengenai kaedah penyembelihan, status halal serta rangkaian pengedaran ayam yang diproses di sebuah premis di ibu negara.Ia susulan tular video berkaitan isu kebersihan dan cara ayam itu diproses di premis berkenaan.Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, siasatan menyeluruh perlu dibuat bagi memastikan proses penyembelihan ayam di premis tersebut benar-benar mematuhi hukum syarak, memiliki status halal dan lokasi ia dibekalkan untuk dijual."Siasatan bersepadu bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) juga perlu meliputi aspek kebersihan, pematuhan undang-undang, kemungkinan penyalahgunaan logo halal serta status permit pekerja asing."Jika terbukti berlaku pelanggaran, tindakan tegas mesti diambil."Isu halal dan keselamatan makanan tidak boleh dipandang ringan!" katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.Bagaimanapun, Mohd Radzi tidak menyebut lokasi premis secara spesifik.Dalam masa sama, beliau mengemukakan aduan rasmi kepada Pejabat Ketua Pengarah Jakim bagi membolehkan siasatan dijalankan.Mohd Radzi turut memaklumkan perkara itu kepada Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk perhatian lanjut.Baru-baru ini, tular tangkap layar rakaman video penstriman langsung di TikTok berhubung dakwaan seorang pembekal ayam di Kuala Lumpur tidak menyembelih ayam tersebut, sebaliknya mencampakkannya ke dalam air panas hidup-hidup.Sinar Harian sedang mendapatkan maklum balas daripada Jakim berhubung perkara berkenaan.
Tular dakwaan ayam tidak disembelih, Radzi Jidin gesa Jakim siasat status halal

Key takeaways
Ahli Parlimen Putrajaya meminta Jakim menyiasat status halal ayam di sebuah premis di ibu negara selepas tular video mengenai kaedah penyembelihan.
- Radzi Jidin gesa Jakim lakukan siasatan menyeluruh mengenai proses penyembelihan ayam.
- Siasatan perlu melibatkan DBKL, KKM dan JIM untuk memastikan kebersihan dan pematuhan undang-undang.
- Aduan rasmi telah dibuat kepada Pejabat Ketua Pengarah Jakim untuk memulakan siasatan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- WARTAWAN SINAR HARIAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Harian Metro FIA nafi dakwaan perisian unit kuasa tidak diuji
- Free Malaysia Today Jalaluddin nafi dakwaan kemuka usul tidak percaya MB N Sembilan
- Utusan Malaysia Lelaki tular lakukan perbuatan tidak senonoh pada kucing ditahan
- Sinar Harian Tular dakwaan ayam tidak disembelih, Radzi Jidin gesa Jakim siasat status halal (this story)





