MARANG - Seorang banduan dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas dakwaan membunuh seorang banduan lain dalam kejadian di Penjara Marang pada Ogos lalu.Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Che Mohd Nazzaruddin Che Ros, 35, selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Athirah Hashim.Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu dengan menyebabkan kematian terhadap Nor Mohd Helmi Sahari di Zon 2, R10, Penjara Marang, antara jam 8.45 pagi hingga 9.15 pagi pada 24 Ogos lalu.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noradila Ab Latif, manakala kes dikendalikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.Tiada jaminan ditawarkan oleh pihak pendakwaan memandangkan pertuduhan berkenaan tidak membenarkan jaminan.Dalam prosiding sama, dua lagi individu iaitu Mohd Fadli Che Mansor, 36, dan Nor Dhitauddin Afiq Norwadi, 22, turut dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan bersubahat atau bersama-sama dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada mangsa sama pada tarikh, masa dan lokasi sama.Kedua-dua tertuduh berkenaan didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama.Mahkamah kemudian membenarkan Mohd Fadli dan Nor Dhitauddin masing-masing diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin.Dua tertuduh bagi kes tersebut diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Shameer Haziq Shaharuddin.Mahkamah menetapkan 5 November depan bagi sebutan semula kes untuk Mohd Fadli dan Nor Dhitauddin, manakala 10 Disember bagi kes pembunuhan berkenaan bagi menunggu laporan kimia serta laporan bedah siasat lengkap.
Tiga banduan didakwa bunuh, cedera rakan di Penjara Marang

Key takeaways
Tiga banduan didakwa terlibat dalam kes bunuh dan cedera di Penjara Marang pada Ogos lalu.
- Che Mohd Nazzaruddin didakwa membunuh Nor Mohd Helmi di Penjara Marang pada 24 Ogos.
- Dua individu lain didakwa bersubahat menyebabkan kecederaan kepada mangsa yang sama.
- Mahkamah membenarkan dua tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Kosmo , Harian Metro , Berita Harian , Utusan Malaysia
Story details
- Published
- By
- NORHASPIDA YATIM
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Buruh etnik Rohingya didakwa bunuh rakan
- Sinar Harian Tiga banduan didakwa bunuh, cedera rakan di Penjara Marang (this story)
- Utusan Malaysia Banduan didakwa bunuh banduan di Penjara Marang
- Berita Harian Banduan didakwa bunuh banduan lain dalam Penjara Marang
- Harian Metro Banduan didakwa bunuh rakan dalam Penjara Marang








