Marang: Seorang banduan dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan membunuh seorang banduan lain di dalam Penjara Marang, pada 24 Ogos lalu.

Tertuduh, Che Mohd Nazzaruddin Che Ros, 36, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Athirah Hashim.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh seorang lelaki berusia 38 tahun di Penjara Marang, antara 8.45 pagi hingga 9.15 pagi, 24 Ogos lalu.