MARANG: Seorang banduan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan membunuh seorang banduan lain dalam Penjara Marang pada Ogos lalu.
Tertuduh, Che Mohd Nazzaruddin Che Ros, 36, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Athirah Hashim.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes itu bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh seorang lelaki berusia 38 tahun di Penjara Marang antara jam 8.45 hingga 9.15 pagi 24 Ogos lalu.










