Banduan Che Mohd Nazzaruddin didakwa membunuh banduan lain, Nor Mohd Helmi Sahari, di Penjara Marang dengan Mahkamah Majistret Marang tetap kes disebut semula 10 Dis ini. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Banduan didakwa di Mahkamah Majistret Marang atas pertuduhan membunuh banduan lain dalam kejadian di Penjara Marang, pada Ogos lalu.
Pertuduhan terhadap Che Mohd Nazzaruddin Che Ros, 36, dibacakan di hadapan Majistret Athirah Hashim dengan tiada pengakuan direkodkan, lapor Kosmo.
Berdasarkan pendakwaan, Che Mohd Nazzaruddin didakwa membunuh Nor Mohd Helmi Sahari, 38, di Zon 2, bilik R10, Penjara Marang, pada 8.45 pagi hingga 9.15 pagi, 24 Ogos lalu.
Justeru, dia dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara maksimum 40 tahun jika sabit kesalahan. Kes disebut semula pada 10 Dis ini.







