SHAH ALAM: Fattah Amin gembira melihat puteri sulungnya, Nur Fatima Aisya semakin mesra melayani adiknya, Muhammad Jarir Umar, sekaligus menunjukkan hubungan dua beradik itu kian akrab.
Fattah atau nama sebenarnya, Abdul Fattah Mohd Amin, 36, bersyukur melihat Fatima yang membahasakan diri 'Nyamma' mula memahami peranannya sebagai kakak dan menunjukkan minat untuk meluangkan masa bersama adik.
"Setiap kali Fatima datang, nampak hubungan mereka semakin erat, Alhamdulillah. Fatima juga sekarang mula faham dia sudah bergelar kakak," katanya ketika ditemui pada sidang media Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2026 di Selangor International Trade Centre (SITC) di sini, Ahad lalu.
Fattah berkata, Fatima turut teruja untuk berkongsi wajah adiknya dengan orang ramai, namun, dia menjelaskan bahawa belum tiba masanya untuk berbuat demikian.








