KUCHING: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memantau rapat keadaan semasa penuntut Malaysia di Paris, Perancis dan Milan di Itali susulan insiden rusuhan melanda beberapa lokasi di kota berkenaan.

Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata pihak kementerian bekerjasama rapat dengan Kementerian Luar bagi memastikan keselamatan serta kebajikan semua penuntut di kawasan terjejas sentiasa terpelihara.

"Setakat ini, kami tidak menerima sebarang laporan berhubung penuntut terbabit secara langsung dalam kejadian berkenaan.

"Setakat ini, insiden itu hanya menjejaskan pergerakan harian penuntut, khususnya untuk ke kampus atau melakukan urusan peribadi di kawasan tertentu.