KOTA BHARU – Seramai 8,021 etnik Rohingya direkodkan berada di Kelantan ketika ini, kata Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat.Beliau berkata, kesemua etnik Rohingya berkenaan merupakan pemegang kad Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dan sentiasa berada di bawah pemantauan pihak berkuasa.Menurutnya, pemantauan dilakukan bagi memastikan keselamatan serta ketenteraman awam terus terpelihara selain membolehkan tindakan undang-undang diambil sekiranya berlaku sebarang pelanggaran undang-undang."Ada 8,021 Rohingya di Kelantan dan mereka adalah pemegang kad UNHCR."Kami sentiasa memantau keberadaan mereka dan setakat ini, kes jenayah yang berlaku kebanyakannya membabitkan sesama mereka," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini pada Isnin.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan aktivis media sosial, Abbe Hae yang menyifatkan Kelantan berisiko dibanjiri pendatang asing tanpa izin (PATI) dan etnik Rohingya sekiranya isu berkenaan tidak ditangani secara serius dan berkesan.Mohd Yusoff berkata, kehadiran etnik tersebut di negeri ini turut didorong oleh tindakan segelintir penduduk tempatan yang menyewakan rumah dan tanah kepada mereka."Apa yang boleh saya katakan, pihak kami sentiasa mengawal dan memantau keadaan."Lebih baik bantu kami membanteras dadah di negeri ini," katanya.Beliau menegaskan polis akan terus menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan situasi keselamatan di negeri itu kekal terkawal.
Polis Kelantan pantau 8,021 etnik Rohingya di negeri ini

Key takeaways
Polis Kelantan memantau 8,021 etnik Rohingya yang mempunyai kad UNHCR di negeri tersebut.
- 8,021 etnik Rohingya direkodkan berada di Kelantan dengan kad UNHCR.
- Pemantauan dilakukan untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman awam.
- Pihak berkuasa mengawal kehadiran etnik tersebut dan mengambil tindakan undang-undang jika perlu.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro
Story details
- Published
- By
- ADILA SHARINNI WAHID
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian Polis Kelantan pantau 8,021 etnik Rohingya di negeri ini (this story)








