Kuala Lumpur: OhBulan! Paling Viral Online 2.0 kembali untuk edisi kedua November ini dengan sembilan kategori dipertandingkan, termasuk empat kategori baharu bagi memberi pengiktirafan kepada lebih ramai individu.
Kategori baharu itu ialah Penyanyi Gen Z Paling Viral, Peniaga Paling Viral, Nepo Baby Paling Viral dan Pelakon Paling Viral.
Penambahan kategori itu bertujuan memperluas pengiktirafan kepada penyanyi generasi muda, usahawan tempatan serta individu berlatarbelakangkan keluarga terkenal yang sering mencuri perhatian di platform digital.
Selain itu, lima kategori sedia ada turut dikekalkan, iaitu Content Creator Paling Viral, Filem Paling Viral, Drama Paling Viral, Lagu Paling HOT dan Kelab Peminat Paling Viral.









