TUMPAT – Seorang lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes perbuatan khianat dengan menyimbah cecair berbau busuk di ruang solat Masjid Al-Aziz, Kota SPP Warisan di sini pada 5 Oktober lalu disambung reman tiga hari.
Perintah lanjutan reman terhadap suspek berusia 38 tahun yang bermula esok hingga Jumaat ini dibenarkan oleh Majistret Wan Ashrul Afham Mohamad Azmi.
Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd. Khairi Shafie berkata, lanjutan reman terhadap suspek dijalankan bagi membolehkan pihak polis melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 295 dan 427 Kanun Keseksaan.
Kosmo! Online sebelum ini melaporkan, seorang lelaki direman empat hari bermula hari ini bermula Sabtu lalu bagi membantu siasatan berhubung kes perbuatan khianat dengan menyimbah cecair berbau busuk di ruang solat masjid itu.









