KOTA BHARU – Seramai 2,481 penagih dadah dicekup menerusi pelaksanaan pelan strategik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan yang menetapkan kewajipan kepada 56 ketua balai polis di negeri ini untuk menangkap seorang penagih dadah setiap hari bermula 15 Julai lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, pihaknya sentiasa menilai prestasi setiap balai selepas tempoh 100 hari pelaksanaan pelan strategi untuk membanteras dadah sebelum mengambil tindakan sewajarnya terhadap balai yang dikenal pasti mempunyai kelemahan.

Katanya, penilaian itu akan dibuat apabila pihaknya memberi ruan