KOTA BHARU: Sebanyak 1,359 kes jenayah komersial membabitkan kerugian RM19 juta direkodkan di negeri ini, sejak Januari hingga September lalu.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata kes jenayah komersial di negeri itu meningkat lebih 100 peratus berbanding 2025, sekali gus menimbulkan kebimbangan serius terhadap ancaman penipuan dalam talian yang semakin berleluasa.
Beliau berkata, trend itu didorong oleh peningkatan penggunaan peranti dan platform digital yang dieksploitasi penipu untuk memperdaya mangsa melalui pelbagai taktik.
"Penjenayah memanipulasi emosi manusia, termasuk ketakutan menerusi penipuan telefon, ketamakan melalui penipuan pembelian dalam talian dan pelaburan, serta cinta melalui penipuan percintaan," katanya ketika berucap pada program meja bulat bertajuk 'Membanteras Jenayah Komersial: Tanggungjawab Bersama' di sini, semalam.









