am@hmetro.com.my
Tumpat: Hampir keseluruhan ruang solat lelaki di Masjid Al-Aziz Al-Hadi, Kota SPP Warisan, Kampung Berangan, di sini disertu selepas dikotori cecair dipercayai campuran najis binatang, bulu, serpihan tulang serta ulat.
Perbuatan khianat itu dilakukan seorang lelaki kira-kira jam 4.35 pagi semalam yang memasuki ruang itu dengan memecahkan pintu kaca sebelum menuang cecair terbabit dan pihak polis kini sedang mengesan suspek.
Menurut kontraktor pencuci, Mohd Hanif Mohammad Noor, semalam pihaknya sudah memulakan proses pembersihan dengan membuang semua kotoran itu di atas karpet, dinding serta meja ceramah.
"Hari ini proses sertu bermula dengan menggunakan campuran air tanah, diikuti enam kali basuhan dengan air mutlak sebelum kerja mencuci keseluruhan karpet dijalankan yang dijangka selesai esok.






