Kota Tinggi: Cubaan beberapa individu memecah masuk sebuah rumah di Felda Lok Heng Selatan, di sini gagal selepas disergah menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di rumah berkenaan.

Menerusi perkongsian di Facebook Orang Kota Tinggi, seorang wanita mendakwa rumah bapanya yang tidak berpenghuni cuba dipecah masuk beberapa individu tidak dikenali kira-kira 4.20 pagi semalam.

"Alhamdulillah, kami dapat notifikasi CCTV kehadiran mereka lebih awal dan sempat sergah mereka melalui mikrofon CCTV menyebabkan semua bertempiaran lari.

"Mohon semua, terutamanya penduduk kawasan sekitar, sentiasa berhati-hati dan lebih peka dengan keadaan sekeliling," katanya.