Kuala Lumpur : Ratu Rock tanah air, Ella bersama ikon rock negara, Amy Search bakal menggegarkan ibu kota menerusi penganjuran acara Rentak Budaya 2026 dibawakan khas sempena sambutan seni, budaya dan warisan tempatan.
Acara tiga hari di dua lokasi berdekatan pusat bandar iaitu Padang Merbok dan River of Life, Kuala Lumpur dijadualkan bermula 30 Oktober hingga 1 November ini.
Program terbitan Jabatan Perdana Menteri (Jabatan Wilayah Persekutuan) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), serta Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Wilayah Persekutuan (JKKN) ini dibuka secara percuma kepada orang ramai.








