KOTA BHARU – Penahanan aktivis media sosial bersama rakan-rakannya yang menggempur kawasan warga asing dan etnik Rohingya di sini pada Jumaat lalu merupakan prosedur biasa bagi melengkapkan kertas siasatan.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, pihaknya menerima beberapa laporan berkait kes ketenteraman awam dan samun barangan kemas ketika aktiviti tersebut dijalankan.
Katanya, segala yang dijalankan pihak polis terhadap individu yang menyertai aktiviti itu merupakan prosedur biasa dalam melengkapkan siasatan.
“Polis terima laporan berhubung kejadian itu dan kita menjalankan









