KLANG – “Dia sepatutnya lindungi anak. Mana hati nurani seorang ibu?”

Itu luahan kecewa K. Devendran, 42, terhadap bekas isterinya mendera anak tunggal mereka berusia lima tahun.

Lebih menyedihkan, penderaan itu turut membabitkan bekas ibu mentua dan dua adik iparnya.

Menurut Devendran, dia menyerahkan anaknya kepada bekas isteri selepas mereka bercerai kira-kira empat tahun lalu dengan harapan wanita itu dapat menjaga anak mereka dengan baik.