KUALA LUMPUR – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bakal menerima dua buah kapal hidrografi baharu jenis Survey Motor Launch (SML) menerusi peruntukan Belanjawan 2027.
Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Dr. Zulhelmy Ithnain berkata, kelulusan perolehan aset itu amat penting bagi mempercepatkan operasi ukur hidroografi serta menangani jurang data marin di perairan negara menerusi Pusat Hidrografi Nasional (PHN).
Menurut beliau, langkah tersebut berjalan seiring dengan inisiatif kerajaan menerusi Majlis Keselamatan Negara yang meluluskan proses perolehan Kapal Penyelidikan Nasional pertama buat Malaysia.
“Inisiatif mercu tanda ini akan menyediakan platform khas bagi penyelidikan saintifik marin sekali gus mengukuhkan asas tadbir urus maritim berasaskan bukti.









