Madrid: Selepas dibeli Real Madrid pada harga rekod kelab €140 juta (RM640 juta) daripada RB Leipzig pada musim panas lalu, Yan Diomande kini mula membuktikan potensinya sebagai antara bintang bola sepak masa depan.

Pemain sayap berusia 19 tahun itu mempamerkan aksi cemerlang ketika membantu Real membelasah Sevilla 4-1 dalam saingan La Liga, Ahad lalu, termasuk meledak gol jarak jauh yang menarik perhatian.

Prestasi itu hadir menjelang pertemuan menentang bekas kelabnya, Leipzig, dalam aksi Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi Khamis ini, ketika Diomande semakin menunjukkan perkembangan positif selepas melalui fasa penyesuaian di Santiago Bernabeu.

Real melabur besar untuk mendapatkan khidmatnya bukan hanya kerana bakat yang dipamerkan bersama Leipzig, malah sebagai sebahagian usaha membina semula kekuatan pasukan selepas dua musim tanpa trofi utama.