Kuantan: Suami isteri ditahan selepas pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai RM291,250 dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di daerah ini, baru-baru ini.
Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar Ayob berkata, pasangan berusia 40 dan 46 tahun itu yang baharu lima bulan berkahwin ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pahang pada jam 11.30 malam.
Menurutnya, hasil pemeriksaan di rumah terbabit menemukan pelbagai jenis dadah iaitu ganja seberat 2,170 gram, heroin (1,905 gram), pil yaba (725 gram) dan Erimin 5 (1,515 gram) yang keseluruhannya berjumlah 6,315 gram.
Katanya, jika dadah itu terlepas di pasaran, ia mampu digunakan untuk 20,945 orang.






