Kuala Lumpur: Penyanyi Indonesia, Lesti Kejora tampil membuat penjelasan terbuka mengenai isu anaknya yang didakwa ditegur oleh pengawal peribadi dipercayai daripada pasukan pelakon, Izara Aishah.
Menurut Lesti, insiden terbabit berlaku ketika dia tidak berada di tempat kejadian apabila seorang petugas keselamatan melarang anaknya untuk menyentuh Izara dengan nada yang keras ketika ahli keluarganya mahu mengambil gambar bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza.
"Pertama-tama saya ingin berterima kasih atas ketulusan dan kebaikan kakak (Izara), yang sudah memperhatikan anak saya dengan begitu baik selama konsert berlangsung.
"Ketika itu, anak saya didukung oleh ahli keluarga ketika hendak bergambar bersama Datuk Siti. Namun ketika mereka menghampiri Datuk Siti, seorang petugas keselamatan melarang anak saya daripada menyentuh kakak (Izara) dengan nada yang agak keras.






