TOKYO – Jepun mencipta sejarah baharu dalam bidang penerokaan angkasa lepas selepas berjaya melancarkan kapal angkasa tanpa pemandu yang menjadi misi pertama mengumpul sampel dari salah satu bulan planet Marikh, semalam.
Pelancaran itu berpotensi besar membantu para saintis merungkai asal usul pembentukan Sistem Suria serta sejarah kewujudan hidupan di Bumi.
Menurut Agensi Penjelajahan Angkasa Lepas Jepun (JAXA) roket flagship H3 yang membawa yang membawa prob tanpa pemandu Martian Moons eXploration (MMX) berlepas dari Pusat Angkasa Tanegashima pada pukul 4:41 pagi (waktu tempatan).
Lebih sejam kemudian, JAXA mengesahkan prob tersebut berjaya terpisah daripada roket H3 dan kini secara rasmi memulakan perjal








