TOKYO: Saintis Jepun hari ini berjaya melancarkan kapal angkasa pemantau ke Marikh, untuk melaksanakan misi pertama membawa pulang sampel dari salah satu bulan di planet berkenaan.
Pelancaran misi itu secara langsung berpotensi membantu merungkai asal usul sistem suria dan kehidupan di Bumi.
Roket utama H3 yang membawa 'probe' atau peranti pengukur tanpa kru, Martian Moons eXploration (MMX) menembusi langit gelap dari Pusat Angkasa Tanegashima pada jam 4.41 pagi waktu tempatan.
Lebih sejam kemudian, Agensi Penerokaan Aeroangkasa Jepun (JAXA) mengumumkan menerusi siaran langsung bahawa 'probe' berkenaan berjaya berpisah daripada roket H3, menandakan permulaan perjalanannya menuju sistem Marikh.










