COMO: Jurulatih Como, Cesc Fabregas menyifatkan peluang melayan kunjungan Manchester United dalam aksi Liga Juara-Juara, awal pagi Khamis ini, sebagai mimpi menjadi kenyataan buat kelab itu.
Bekas bintang Arsenal berkenaan berkata, pertembungan itu sukar dibayangkan ketika Como masih beraksi di Serie B, tiga tahun lalu.
"Tiga tahun lalu, ketika kami di Serie B, sukar dibayangkan Manchester United akan datang ke Stadium Sinigaglia. Namun, itulah yang akan berlaku Rabu ini (awal pagi Khamis ini).
"Bagi kami, ini mimpi menjadi kenyataan dan kami akan merebut peluang yang ada," katanya selepas membimbing Como menewaskan Fiorentina 3-1 dalam aksi Serie A, Ahad lalu, untuk kekal di tangga kelima liga.









