NILAI – Seorang lelaki terkejut selepas kelibat misteri yang berdiri di tepi jalan ketika memandu di kawasan Nilai Spring, di sini.

Perkongsian pengguna jimyazman16 di aplikasi Threads itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan orang ramai yang mendakwa pernah berdepan kejadian aneh ketika melalui kawasan sama.

Lelaki itu berkata, dia mula tertanya-tanya selepas melihat seseorang menyerupai lelaki berdiri di kawasan gelap di tepi jalan sebelum kelibat itu hilang ketika kenderaannya menghampiri lokasi tersebut.

Pengalaman hampir sama turut dikongsikan pengguna akaun mimie_nordinnnn yang mendakwa melihat makhluk misteri di Nilai Spring pada waktu tengah malam baru-baru ini.