KOTA TINGGI – Tular di media sosial dua individu disyaki cuba menceroboh dan mencuri di sebuah rumah di Felda Lok Heng Selatan di sini namun disergah pemilik rumah menerusi mikrofon televisyen litar tertutup (CCTV).
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, lebih kurang 3 petang, pihaknya telah menerima laporan yang dibuat oleh seorang wanita warga tempatan yang merupakan pemilik rumah tersebut.
“Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 453 Kanun Keseksaan dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan, “Kes ini masih dalam siasatan dan pihak polis memohon kerjasama orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada mana-mana pihak,” katanya dalam kenyataan hari ini.








