JAGUH muay thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib sudah bersedia untuk berdepan juara dunia Thailand, Prajanchai Pongsuphan PK dalam pertembungan strawweight ONE Championship di Stadium Lumpinee, Bangkok, 18 Disember ini.

Aliff mengakui dia perlu melakukan persiapan terbaik kerana sedar bahawa Prajanchai turun dengan misi berbeza biarpun jaguh Thailand berusia 32 tahun itu berdepan dua kekalahan berturut-turut dalam disiplin kickboxing sebelum ini.

Menurut Aliff, tempoh dua bulan sebelum pertarungan itu memberi ruang buat Prajanchai memperkemaskan persiapan dan kembali mendapatkan rentak terbaik menerusi latihan yang konsisten.

“Saya rasa dia sudah lama tidak bertarung. Situasi itu sama seperti saya sebelum menentang Sam-A Gaiyanghadao apabila saya tidak beraksi selama tujuh atau lapan bulan.