PETALING JAYA – Bayar sewa RM280 sebulan, tetapi hanya mendapat ruang tidur yang diletakkan sesekat di ruang tamu tanpa bilik sendiri.
Itu antara situasi yang mencuri perhatian di media sosial selepas seorang pengguna Threads, Aimnhzy berkongsi keadaan ruang kediaman sebuah rumah teres setingkat di Bandar Cassia, Batu Kawan, Pulau Pinang.
Menerusi video dikongsikan pengguna berkenaan, kelihatan sebuah katil diletakkan di hadapan tangga rumah tersebut selain terdapat papan yang menjadi dinding sementara agar ruang tidur itu sedikit tertutup.
“RM280 ini sewa bilik ke sewa kotak? Partition office (sesekat pejabat) dalam ruang tamu pun jadi duit sekarang,” tulisnya.









