KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memperkenalkan konsep bayaran elektrik berdasarkan penggunaan sebenar mulai tahun depan bagi memastikan agihan kos yang lebih adil, selain melindungi kepentingan pengguna domestik.Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, Suruhanjaya Tenaga (ST) telah dipertanggungjawabkan untuk menjalankan kajian terperinci bagi menilai pendekatan yang bersesuaian termasuk pelaksanaan konsep user pay basis."Maknanya, siapa yang menggunakan lebih banyak tenaga elektrik, terutama pusat data, industri dan pengguna berskala besar, mereka akan membayar kadar tarif yang lebih tinggi."Langkah ini bertujuan memastikan sistem yang lebih adil dan saksama serta melindungi kepentingan pengguna domestik," katanya di Dewan Rakyat pada Khamis.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Azli Yusof (PH-Shah Alam) mengenai langkah kawalan lebih bersasar bagi memastikan tarif elektrik kekal pada kadar munasabah.Dalam pada itu, Fadillah yang juga Timbalan Perdana Menteri menjelaskan bahawa lonjakan harga bahan api global susulan krisis geopolitik di Asia Barat, cuaca panas berpanjangan serta pengurangan kapasiti penjanaan beberapa loji janakuasa dikenal pasti antara faktor utama peningkatan bil elektrik bagi sebahagian pengguna domestik di Semenanjung Malaysia.Menurut beliau, gangguan keselamatan di Selat Hormuz, yang merupakan laluan penting perdagangan tenaga dunia, turut memberi kesan kepada kos bahan api seperti gas asli dan arang batu yang digunakan untuk penjanaan elektrik."Pada masa sama, faktor lain seperti pengurangan penjanaan daripada sumber hidro akibat cuaca panas berpanjangan serta kerja penyelenggaraan berjadual di beberapa loji janakuasa arang batu menyebabkan kebergantungan yang lebih tinggi kepada gas asli import."Ingin saya tegaskan bahawa tumpuan utama kerajaan sejak krisis bekalan tenaga global ini bermula adalah memastikan kenaikan kos tersebut tidak ditanggung sepenuhnya oleh rakyat," katanya.Beliau berkata, kerajaan pada 18 September lalu telah mengumumkan perluasan perlindungan bil elektrik kepada pengguna domestik yang berkuat kuasa dari 1 September hingga 31 Disember 2026.Menurutnya, pengguna domestik yang menggunakan elektrik sehingga 800 kilowatt-jam (kWj) sebulan, bersamaan anggaran bil bulanan RM328 dan ke bawah, dikecualikan sepenuhnya daripada pelarasan surcaj AFA, Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) serta Caj Peruncitan.
[VIDEO] Tarif elektrik: Kerajaan perkenal konsep bayar ikut penggunaan tahun depan
Key points
- KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memperkenalkan konsep bayaran elektrik berdasarkan penggunaan sebenar mulai tahun depan bagi memastikan agihan kos yang lebih adil, selain melindungi kepentingan pengguna domestik.
- Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, Suruhanjaya Tenaga (ST) telah dipertanggungjawabkan untuk menjalankan kajian terperinci bagi menilai pendekatan yang bersesuaian termasuk pelaksanaan konsep user pay basis.
- Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Azli Yusof (PH-Shah Alam) mengenai langkah kawalan lebih bersasar bagi memastikan tarif elektrik kekal pada kadar munasabah.
Sentences selected automatically from the original article by Sinar Harian.
Also reported by Berita Harian , Harian Metro , Berita Harian
Story details
- Published
- Updated
- October 15, 2026 at 6:11 AM UTC
- By
- DIANA AZIS
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia TNB perkenal tarif elektrik lebih murah luar waktu puncak
- Free Malaysia Today Kerajaan perketat syarat pusat data, kenakan tarif elektrik ikut pasaran
- Sinar Harian [VIDEO] Tarif elektrik: Kerajaan perkenal konsep bayar ikut penggunaan tahun depan (this story)






%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Foppo1_373469.png&w=480&output=webp&q=85&we)

