PARIS: Perancis mengumumkan pelaksanaan perintah berkurung separa di Paris dan beberapa bandar lain pada Isnin selepas demonstrasi pada hujung minggu membantah kenaikan harga bertukar menjadi antara keganasan jalanan terburuk sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Perdana Menteri, Sebastien Lecor tidak menolak kemungkinan mengisytiharkan darurat selepas Menteri Dalam Negeri berkata, polis telah hilang kawalan.
Sebahagian pelancong di Paris turut merasai kesan gangguan itu pada Isnin apabila mendapati Muzium Louvre ditutup susulan tindakan sekumpulan kecil penunjuk perasaan pelajar, manakala Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Paris menggesa rakyatnya supaya menjauhi kawasan demonstrasi.
Berikutan kritikan bahawa kerajaan gagal menjangka dan menangani keganasan itu, kerajaan berikrar memulihkan ketenteraman manakala pegawai bertungkus-lumus meredakan kemarahan orang ramai.









